Popular Posts

Wednesday, 28 May 2014

Kembali...

Assalamualaikum...
Jumpa lgi kita ye. Hampir setahun aku tinggalkn blog ni. Tak sempat sebenarnya nak mengelola. Dah setahun bekerja di sini. Dengan persekitaran, suasana dan cara kerja yang berbeza, banyak yang dapat aku pelajari. Bunyi macam skemakan? hihihi.. Tu dari sudut kerja hakiki. Dari sudut lain lagiiiiiii bnyk.

Pagi ni semasa di koridor ofis, berselisih dengan sorg kakitangan. Rasa-rasanya die mngkin berbeza sedikit penjawatannya dengan aku. Pertengahan umur, tua sedikit dr Bonda. Perlahan sangat die berjalan, seolah-olah kabur pandangannya. Seorang sahabat pernah bagitau. Nak tau siapa kita dgn cara melihat siapa disekeliling kita. Nak tau bagaimana kita 10 tahun akan datang, tngok senior kita yg dh berkhidmat 10 tahun ditempat kerja. Dengan umur sebegitu sepatutnya dh masa untuk dduk di rumah bermain dengan cucu dan beribadat. Okey...makin lama makin faham... Aku tak mahu jalan hidup sebegitu.

Dlm lif..sama2 dgn beberapa org lelaki pertengahan umur yang aku rasa pangkatnya ialah pegawai. Sangat ramah..Rancak bercerita sesama mereka. Topiknya? Rasa cinta... Tp sempat mereka menjelaskan, bkn rasa cinta 'itu' yg dimaksudkan, tp rasa cinta pada Tuhan, Rasul & agama. Sebelum keluar dr pintu lift, die sempat menepuk bahu seorang pegawai muda yg dr td hanya diam membisu
 "Have a good day young men". Mungkin die menyedari riak muka tegang pegawai muda tersebut semasa mereka berborak. Pegawai muda itu hanya tersenyum kelat smbil sempat bertanya pada kami, 
"Siapa tu?" 
"Pegawai bhg ___". Jawab seorg kakitangan
" Owh yeke. Orang nk pencen macam tu la.." jawab pegawai muda itu.

Dalam hati terdetik...pulak... Penilaian dan pandangan yang berbeza. Si pegawai senior mgkin sedang meraikan saat nk berpencen. Mungkin terasa ringan kepala tugas yang ditanggung berpuluh tahun beralih tangan selepas ini. Si pegawai muda? Sedang terbeban dengan tugas & kos taraf hidup yang tinggi. Raya makin dekat, pengasuh anak-anak mintak naikkan bayaran bulanan, doktor cadangkan untuk tukar jenama susu anak yg harganya mencecah RM70 500g sbb antibodi anak yang lemah, meeting yang x pernah sudah dipejabat dan macam-macam lagi tekanan...Tu sudah pasti..

Apa pun, hidup perlu diteruskan. Tepuk dada tanya selera...