Popular Posts

Wednesday, 23 February 2011

Rewang

Semalam aku ke rumah Atok Uda (panggilan untuk nenek saudara aku) dengan mama. Ahad ni anak perempuan die yang bongsu akan berkahwin. Adat biasa di kampung, seminggu sebelum majlis perkahwinan saudara-saudara terdekat akan datang menolong tiap-tiap petang. Tak kira lah buat kerja ape pun, walaupun setakat gunting cili kering atau kopek ikan bilis. Biasa la kan, nama pun kerja kahwin, semua bahan-bahannya dalam kuantiti yang banyak. Tapi sekarang ni bukan tentang ikan bilis atau cili kering, tapi yang pentingnya semangat gotong-royong dan muafakat tu masih ada dan aku rasa memang patut dikekalkan. Kesannya yang paling mudah untuk dilihat ialah banyak kerja yang dapat disiapkan dengan cepat. Famili sebelah mama aku ni orang jawa. Bila duduk ramai-ramai ni, aku sebagai golongan muda ni leh dengar diorang yang lama-lama ni cakap bahasa jawa. Bunyi nye memang macam pelik tapi enak je telinga ni dengar. Aku cuma mampu tersenyum je sebab tak faham...hahaha... Rugikan? Tunggu lah nanti, semakin dekat majlis semakin meriah....

No comments:

Post a Comment