Popular Posts

Wednesday, 23 February 2011

Rewang

Semalam aku ke rumah Atok Uda (panggilan untuk nenek saudara aku) dengan mama. Ahad ni anak perempuan die yang bongsu akan berkahwin. Adat biasa di kampung, seminggu sebelum majlis perkahwinan saudara-saudara terdekat akan datang menolong tiap-tiap petang. Tak kira lah buat kerja ape pun, walaupun setakat gunting cili kering atau kopek ikan bilis. Biasa la kan, nama pun kerja kahwin, semua bahan-bahannya dalam kuantiti yang banyak. Tapi sekarang ni bukan tentang ikan bilis atau cili kering, tapi yang pentingnya semangat gotong-royong dan muafakat tu masih ada dan aku rasa memang patut dikekalkan. Kesannya yang paling mudah untuk dilihat ialah banyak kerja yang dapat disiapkan dengan cepat. Famili sebelah mama aku ni orang jawa. Bila duduk ramai-ramai ni, aku sebagai golongan muda ni leh dengar diorang yang lama-lama ni cakap bahasa jawa. Bunyi nye memang macam pelik tapi enak je telinga ni dengar. Aku cuma mampu tersenyum je sebab tak faham...hahaha... Rugikan? Tunggu lah nanti, semakin dekat majlis semakin meriah....

Tuesday, 22 February 2011

knp epal hijau?

Tahun 2011...semua org ada azam baru, termasuklah aku. Azam aku nk turun kan la sikit berat badan aku ni. Bila aku baca dalam majalah, epal hijau ni sinonim dengan orang yang nak turun kan berat dan dapat membantu proses penghadaman supaya menjadi lebih baik. Beberapa bulan dulu ayah aku menghadapi masalah kesihatan yang agak membimbangkn kami sekeluarga. Kami jumpa doktor & doktor kata ia berpunca dari masalah kolestrol dalam badan. Abah memang ada dari tinggi dan kencing manis. Disamping ubat yang doktor bagi, epal hijau pun abah makan jugak. Alhamdulillah kesihatannya lebih baik sekarang...So for starting, aku suka untuk guna nama 'epal hijau', macam sinonim je...hehehehe