Kembali...
Assalamualaikum...
Jumpa lgi kita ye. Hampir setahun aku tinggalkn blog ni. Tak sempat sebenarnya nak mengelola. Dah setahun bekerja di sini. Dengan persekitaran, suasana dan cara kerja yang berbeza, banyak yang dapat aku pelajari. Bunyi macam skemakan? hihihi.. Tu dari sudut kerja hakiki. Dari sudut lain lagiiiiiii bnyk.
Pagi ni semasa di koridor ofis, berselisih dengan sorg kakitangan. Rasa-rasanya die mngkin berbeza sedikit penjawatannya dengan aku. Pertengahan umur, tua sedikit dr Bonda. Perlahan sangat die berjalan, seolah-olah kabur pandangannya. Seorang sahabat pernah bagitau. Nak tau siapa kita dgn cara melihat siapa disekeliling kita. Nak tau bagaimana kita 10 tahun akan datang, tngok senior kita yg dh berkhidmat 10 tahun ditempat kerja. Dengan umur sebegitu sepatutnya dh masa untuk dduk di rumah bermain dengan cucu dan beribadat. Okey...makin lama makin faham... Aku tak mahu jalan hidup sebegitu.
Dlm lif..sama2 dgn beberapa org lelaki pertengahan umur yang aku rasa pangkatnya ialah pegawai. Sangat ramah..Rancak bercerita sesama mereka. Topiknya? Rasa cinta... Tp sempat mereka menjelaskan, bkn rasa cinta 'itu' yg dimaksudkan, tp rasa cinta pada Tuhan, Rasul & agama. Sebelum keluar dr pintu lift, die sempat menepuk bahu seorang pegawai muda yg dr td hanya diam membisu
"Have a good day young men". Mungkin die menyedari riak muka tegang pegawai muda tersebut semasa mereka berborak. Pegawai muda itu hanya tersenyum kelat smbil sempat bertanya pada kami,
"Siapa tu?"
"Pegawai bhg ___". Jawab seorg kakitangan
" Owh yeke. Orang nk pencen macam tu la.." jawab pegawai muda itu.
Dalam hati terdetik...pulak... Penilaian dan pandangan yang berbeza. Si pegawai senior mgkin sedang meraikan saat nk berpencen. Mungkin terasa ringan kepala tugas yang ditanggung berpuluh tahun beralih tangan selepas ini. Si pegawai muda? Sedang terbeban dengan tugas & kos taraf hidup yang tinggi. Raya makin dekat, pengasuh anak-anak mintak naikkan bayaran bulanan, doktor cadangkan untuk tukar jenama susu anak yg harganya mencecah RM70 500g sbb antibodi anak yang lemah, meeting yang x pernah sudah dipejabat dan macam-macam lagi tekanan...Tu sudah pasti..
Apa pun, hidup perlu diteruskan. Tepuk dada tanya selera...
Popular Posts
Wednesday, 28 May 2014
Sunday, 7 July 2013
KUSUT
Korang pernah rasa tak bila terlalu banyak input yang masuk kepala dalam satu hari korang rasa pening pastu terus nak muntah? Pergh! Azab.. Aku paling menyampah la keadaan tu coz aku paling tak suka berada dalam keadaan stress. Sebab tu kalau aku nak buat kerja, aku akan pastikan kerja tu tersusun. Memang la aku leh multitasking, tapi pastu siap la.. Mau sakit kepala..
Lagi satu aku paling menyampah orang asak aku dengan banyak benda tentang satu perkara. Aku tau diorg nk kongsi pengalaman dan nak bagi dorongan kat aku. Tapi tak sampai pack otak aku dibuatnya..
Aku cuba juga dengar walaupun kepala aku dah ibarat gelas yang penuh dengan air yang tunggu masa nak melimpah je. Bukan ape, tak nak orang kecik hati..
Friday, 5 July 2013
Side income..
Aku agak pening beberapa hari ni. Asyik la fikir pasal duit. Memang betul org kata, jangan jadi hamba duit, hati tak tenang nanti. Tapi aku tak la jdi camtu. Cuma aku duk pikir cmne nk cukupkan duit gaji aku bulan-bulan ni. Kena rancang betul-betul. Kalau tak naya aku...
Kebetulan disaat aku perlukan sesuatu, ada hamba Allah ni nak hulurkan bantuan (bkn bagi duit k..huhu). Aku sendiri was-was sebenarnya. Tapi dia banyak bagi semangat kat aku untuk wat benda ni. Camne ngan aku? Entah..X tido malam aku duk pikir pasal benda ni. Nak buat ke tak? Nak buat ke x? Korang bayangkan mata aku pejam tapi kepala aku asik bekerja duk pikir perkara ni. Aje memang kusut aku. Last2, aku redah je. Tapi lom buat lagi ni..huhu
Terima kasih untuk dia sebab bagi dorongan dan semangat kat aku yang asik takut gagal ni. Tak jemu dia bagi semangat walaupun aku tuan punya badan ni tak tau lagi nak buat ke x..hoho..Tapi rasa nya aku wat kot.. Terima kasih kt kwn2 yang lain jgk. Diorang pun banyak support..
Aku ada...
Lama dah aku tinggalkan semua ni. Aku rasa semua ni perlu diguna pakai semula..Isk, skema ayat..hahaha. I'm back. Aku tinggalkan blog ni sejak dari 2011 dengan permulaan yang tah pape..huhu.. Sekarang aku nak pasti kan blog ni lebih terisi :)
Now..2013..Lama dah masa berlalu. Dengan umur yang makin meningkat. Banyak jugalah perubahan yang berlaku. Dari sudut peribadi aku sendiri, keluarga & kawan-kawan, banyak yang berubah. Kita mulakan satu persatu ye :)
Famili aku semua sihat alhamdulillah. 28/6/2013 yg lepas, baru je raikan hari jadi atok aku yag ke 73 (klo x silap).Bilangan ahli keluarga bertambah, bila hari cuti pakcik and makcik blk, riuh rumah atok aku. Baik dengan suara budak-budak n suara mak bapak budak, sama naik..hehe.. Tu satu perkara yang buat aku sayang famili aku semua..
Kalau dulu aku kerja n tinggal kt Muo, sekarang dah tak. Dah lebih 6 bulan aku duduk Puchong (rumah pakcik) and kerja kat Putrajaya. Alhamdulillah, rezki aku dpt kerja kerajaan awal tahun 2013. Aku mulakan la hidup baru aku kat sini. Dengan suasana kerja yang berbeza, tempat yang berbeza and kawan-kawan yang berbeza. Tapi aku bersyukur, Allah permudahkan segalanya :)

Wednesday, 23 February 2011
Rewang
Semalam aku ke rumah Atok Uda (panggilan untuk nenek saudara aku) dengan mama. Ahad ni anak perempuan die yang bongsu akan berkahwin. Adat biasa di kampung, seminggu sebelum majlis perkahwinan saudara-saudara terdekat akan datang menolong tiap-tiap petang. Tak kira lah buat kerja ape pun, walaupun setakat gunting cili kering atau kopek ikan bilis. Biasa la kan, nama pun kerja kahwin, semua bahan-bahannya dalam kuantiti yang banyak. Tapi sekarang ni bukan tentang ikan bilis atau cili kering, tapi yang pentingnya semangat gotong-royong dan muafakat tu masih ada dan aku rasa memang patut dikekalkan. Kesannya yang paling mudah untuk dilihat ialah banyak kerja yang dapat disiapkan dengan cepat. Famili sebelah mama aku ni orang jawa. Bila duduk ramai-ramai ni, aku sebagai golongan muda ni leh dengar diorang yang lama-lama ni cakap bahasa jawa. Bunyi nye memang macam pelik tapi enak je telinga ni dengar. Aku cuma mampu tersenyum je sebab tak faham...hahaha... Rugikan? Tunggu lah nanti, semakin dekat majlis semakin meriah....
Tuesday, 22 February 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)


